Selepas bekalan ayam, kini peruncit berdepan isu kekurangan bekalan telur.<br /><br />Perkara itu diakui Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin ketika tinjauan bekalan dilakukan Astro AWANI pada Jumaat.<br /><br />Justeru, beliau turut mencadangkan kepada kerajaan supaya mengenakan sekatan eksport telur ayam bagi memastikan bekalan dalam negara mencukupi.